Sukar untuk mempercayai kontraktor? Ditipu Kontraktor?

Syarikat kontraktror boleh dikatakan timbul bagai cendawan selepas hujan, terlalu banyak! Namun nak dapatkan kontraktor yang betul-betul boleh dipercayai pun susah sebab dah terlalu kerap penipuan yang berlaku terpampang dalam dada akhbar dan terdengar atau pengalaman kenalan kawan anda sendiri yang menjadi mangsa sampai dah hilang kepercayaan dekat kontraktor yang ada. Yelah takut duit lesap bersama impian nak ada banglo sendiri.

1) Risau kualiti binaan rendah atau barang cikai?

“Risaunya kalau kontraktor yang bina rumah aku ni tak pentingkan kualiti, fikir nak untung jer, hmm”  mesti risau kan kalau dapat kontraktor yang macam tu, guna bahan binaan  fikir nak untung je tapi kualiti yang hadoooo ! yang jadi mangsanya kitalah terpaksa keluarkan duit tambahan untuk kerosakan.  Duit bocor dari poket sama laju dengan atap bocor.

Penyelesaian:
Kami amat mementingkan kualiti bahan binaan supaya ianya tidak mudah rosak, anda senang hati kami pun turut senang. Bahan binaan atau kelengkapan bukan sahaja cantik malah kualiti bahan ni gred premium. Contoh bahan yang kami gunakan ialah:

  • Bata atap berjenama MONIER
  • Cat Kansai Paint dengan waranti 6 tahun
  • SPC flooring yang tahan air dan cuaca panas
  • Pintu HDF yang tahan lama dan tahan calar pula tu
  • Sikit je baru tu yang kami listkan, nak tahu dengan lebih details boleh hubungi kami yer.

2) Nak bina rumah secara tunai?

Pernah terfikir tak? kalau kontraktor yang dah minta full payment tapi kerja-kerja baru je nak start. Katanya bagi melancarkan proses lah apa lah. Tak takut ke bila dah bagi full payment lepastu kontraktor tu hilang macam tu je. Haaa hati-hati yer.

Penyelesaian :
Bagi sesiapa yang ingin bina rumah dengan Mahligai Idaman secara tunai/cash, bayaran dibuat mengikut progress, kami tak minta full payment dari awal pun. Masih ragu-ragu dengan kami, boleh je guna khidmat lawyer sebagai orang tengah.

3) Rumah lambat siap?

Janji setahun dah siap, tapi ni dah bertahun-tahun masih lagi tak siap sepenuhnya. Bila tanya kenapa lambat, ada je alasan dia nak lari dari kesalahan. Susah jugak kan kalau jumpa kontraktor yang jenis janji manis ni, dia punya sembang tu memang potong kaki.

Penyelesaian:
Kami mempunyai portal buildertrend dimana segala progress pembinaan akan dipantau melalui portal ini dan ianya akan sentiasa dikemaskini agar siap dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Maka kualiti kerja juga akan meningkat. Anda pon boleh akses tau!

4) Terikat dengan komitmen yang lain?

Nak sangat bina banglo idaman tersendiri ni, nak yang English Style ala ala Farm House. Tapi masa selalu tidak mengizinkan. Masa yang senggang pula terikat dengan kerja-kerja lain macam shopping, makan atau busy kupas bawang dengan jiran sebelah kan? hihihi . Bila dah macam ni, siapa lah nak pantau progress nanti erk? tak pantau kan ada yang mengambil kesempatan pulak.

Penyelesaian:

  • Kami mempunyai site supervisor berpengalaman yang akan memantau pembinaan banglo idaman anda. Ada yang tak kena dengan proses pembinaan ? boleh luah kat mereka nanti diorang akan handle. Dijamin layanan tiptop dari mereka. Nak luah isi hati pun boleh taw. Hehe
  • Nak bina rumah kat kampung tapi anda ada kat luar negeri kan ? So, segala urusan nak ke pejabat tanah or majlis daerah memang tak boleh la kan ? Masalah tu kami boleh selesaikan untuk anda, kami akan tolong settlekan urusan anda dari A-Z.

5) Tidak tahu saluran untuk membuat pinjaman?

Ada kemudahan pinjaman kerajaan LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) untuk penjawat awam dan pinjaman bank kepada yang bekerja swasta atau pun bekerja sendiri tapi, ramai je yang tak tahu saluran yang betul untuk membuat pinjaman, macam-mana proses untuk membuat permohonan. Maybe belum pernah ada pengalaman so masih tiada pengetahuan la kan ? Kalau first time agak-agak korang macam tu tak.

Penyelesaian:
Kami juga sedia membantu anda untuk membuat permohonan pinjaman. Anda nak tahu prosesnya pun boleh jugak, kami boleh jelaskan. Para staf kami sangat berpengalaman mengenai proses pinjaman ini kerana mereka telah lalui pelbagai pengalaman sebelum ini, jadi segera memhubungi khidmat pelanggan kami untuk mengetahu lebih lanjut atau menerima konsultasi secara percuma.

Teringin nak tengok hasil kerja kami?

Don’t worry lah, kat bawah ni kami dah sediakan pautan ke portfolio rumah yang siap dibina untuk anda tatap. Kadang-kadang memang tak boleh beza yang mana satu gambar pelan 3D dengan gambar rumah yang siap.

Okey silalah, ehh ehh japp, sebelum tu nak pesan satu jer. Kuatkan iman ,hihihihi…