Salam sejahtera pembaca sekalian,

Sebelum ini saya banyak bercerita tentang proses pinjaman terutama pinjaman perumahan kerajaan dan juga menyentuh sedikit sebanyak tentang proses pinjaman perumahan bank. Penerangan proses pinjaman ini penting kerana majoriti pelanggan kami (melebihi 95%) menggunakan pinjaman bagi membiayai kediaman mereka. Walaubagaimanapun, saya menerima banyak emel yang meminta nasihat dan pendapat tentang pembinaan rumah itu sendiri. Jadi artikel kali ini saya tidak akan bercerita tentang proses pinjaman tetapi saya akan bercakap tentang asas pembinaan rumah iaitu pelan lantai.

Untuk pengetahuan pembaca, Mahligai Idaman menumpukan pembinaan rumah ‘custom-made’ mengikut kehendak pembeli. Antara kelebihan rumah ‘custom-made’ berbanding rumah siap bina adalah pembeli boleh memiliki rumah yang mereka kehendaki dan mengubahsuai pelan mengikut citarasa mereka. Masalah bagaimanapun sering timbul jika pembeli tidak mempunyai idea bagaimana bentuk rumah yang mereka mahukan kerana tiada pengalaman dalam bidang ini. Dalam beberapa kes, pembeli menyerahkan sepenuhnya kepada kami untuk mereka bentuk rumah mereka. Bagi golongan pelanggan seperti ini, sebelum kami pergi lebih jauh bercerita tentang bentuk luaran rumah itu sendiri, kami menekankan pentingnya reka bentuk pelan lantai yang selesa dan praktikal. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika mereka bentuk pelan lantai adalah susun atur bilik, keluasan, ruangan-ruangan asas dan aspek pencahayaan.

Bilik Tidur

Sebuah banglo yang selesa perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat buah bilik tidur. Bayangkan jika sesebuah keluarga mempunyai anak lelaki dan perempuan, sudah tentu masing-masing memerlukan bilik yang berlainan. Maka sebuah lagi bilik diperlukan sebagai bilik tetamu atau sekurang-kurangnya boleh dijadikan sebagai stor barangan. Keluasan minimum yang selesa kami cadangkan bagi setiap bilik pula adalah 11′x11′, cukup untuk sekurang-kurangnya memuatkan katil bersaiz Queen. Jika budget menjadi isu, bilik keempat boleh dikecilkan sedikit saiznya untuk memuatkan katil single.

Bilik Air

Bagi rumah yang mempunyai empat buah bilik tidur, jumlah minimum bilik air yang kami cadangkan adalah sebanyak tiga buah. Pastikan ada sekurang-kurangnya sebuah bilik air yang mudah diakses oleh tetamu yang datang ke rumah anda. Mempunyai bilik air di dalam bilik tidur (en-suite bathroom) selain daripada di dalam bilik utama juga merupakan idea yang baik dari sudut privasi terutama bagi bilik anak gadis.

Ruang Tamu dan Ruang Keluarga

Kebanyakan rumah teres hanya mempunyai ruang tamu dan ruang keluarga yang disatukan kerana ketiadaan ruang. Bagi rumah banglo, mempunyai ruang keluarga yang berasingan daripada ruang tamu membolehkan anak-anak menonton televisyen dalam kawasan berasingan tanpa mengganggu tetamu yang hadir.

Dapur

Isu yang sering ditimbulkan oleh kaum wanita adalah dapur yang kecil. Bagi yang gemar memasak, dapur yang kecil menyukarkan mereka melakukan tugas harian selain mempunyai masalah menyimpan koleksi-koleksi pinggan. Haha. Kami mempunyai bberapa pengalaman pelanggan kami meminta kami membesarkan kawasan dapur ketika rumah sedang dibina sehingga projek terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan pelan baru direka.

Pelan lantai di bawah merupakan salah satu contoh pelan lantai rumah banglo satu tingkat yang baik. Pelan ini mempunyai susun atur ruangan yang mengambil kira aspek penting seperti pencahayaan semulajadi pada setiap ruang bagi mengelakkan masalah ruang terlalu gelap ketika siang hari. Pelan ini juga mengambil kira ciri-ciri kecil seperti ruangan mesin basuh (wash area) dan bilik simpanan barang (store) tanpa membazirkan ruang. Baiklah, setakat ini dahulu artikel saya untuk kali ini. Saya akan bercerita dengan lebih mendalam serta menyentuh isu pelan padangan luaran dalam artikel-artikel yang akan datang.

Wan Mohd Syamim
wansyamim@mahligaiidaman.com
017-930 9064
Wan Mohd Syamim Wan Syamim merupakan Ketua Pegawai Operasi dan Pemasaran bagi Mahligai Idaman. Beliau bertanggungjawab memantau operasi syarikat secara keseluruhan dan terlibat secara langsung dalam pemasaran jenama Mahligai Idaman.
Ruangan Komen
Iklan Kami di Mudah.my
Mahligai Idaman di Mudah.my

Proses

Proses merealisasikan rumah idaman anda bermula dari sini.

  1. Pelan
  2. Pinjaman
  3. Guaman
  4. Pembinaan

Perkhidmatan

Merangkumi perkhidmatan sesuai dengan kehendak pasaran.

  1. Tanah & Pakej Rumah
  2. Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
  3. Ubahsuai Rumah
  4. Rumah Siap Untuk Dijual

Soalan Lazim

Ruangan rujukan FAQ pelanggan yang ingin menggunakan servis Mahligai Idaman.

  1. Senarai Soalan
  2. Kemukakan Soalan Anda